Asalamualaikum,
Lama juga tidak berbicara dalam blog ini memandangkan kesibukan saya dalam urusan perniagaan. Selepas itu terlalu asyik melihat perkembangan politik tanahair yang semakin menggila. Jadi dengan kesempatan yang ada ini saya kembali menulis untuk sama-sama berbicara mengenai suasana politik tanahair.
Politik dengan dunia perniagaan hampir serupa. Terpulang kepada kita dan jika takut berbuat demikian jangan mencampuri kedua-dua bidang ini, cukuplah anda bergelar 'makan gaji'. Bagaimanapun makan gaji ada juga politiknya. Bezanya anda cuma mesti disiplin waktu bekerja dan mesti pandai membodek...maka berjayalah anda.
Tidak perlu diulaskan lagi mengenai kekalahan mengejut BN dalam pilihan raya yang lalu. Kini suatu yang lebih hebat ialah mengenai kembalinya kes liwat DSAI. Ia macam cerita 'Superman Return', cuma heronya semakin tua.
Kenapa kamu tak percaya Anwar kaki liwat? Itulah soalan yang diajukan oleh rakan-rakan saya sepanjang saya berada di Kuala Lumpur empat bulan lamanya.
Rata-rata mereka ini dulunya bertuankan Dr Mahathir ketika era saya bekerja dahulu. Pantang sekali jika saya mengkritik pemimpin Agung mereka...melentinglah mereka. Saya tersenyum sahaja bila diajukan soalan sebegitu.
Jawab saya ringkas, DSAI pernah bersumpah dan dia menafikan melakukan perkara tersebut. Mereka tidak puas hati dengan jawapan tersebut. Jawab saya lagi, bukan mudah untuk kita sebagai manusia dalam menentukan hukuman seseorang.
Jika DSAI mengaku tidak melakukan perkara tersebut, yang kamu semua ini tak percaya langsung sebab apa? Mana saksinya yang empat orang tersebut. Saksi yang bukan sebarangan. Mengapa selalunya mereka yang diliwat ini pula selepas diliwat beberapa kali baru mengadu dia diliwat? Soal saya berkali-kali.
Jika seseorang itu tidak suka melakukannya tentu dia akan membuat laporan tersebut dengan segera. Macam orang kena rogol, mana ada dia dah kena rogol lapan kali baru nak pergi buat laporan polis. Kalau dah lapan kali itu maksud orang itu suka atau maksud lain buat suka sama suka.
Begini saya katakan, DSAI tak mengaku, kita terimalah apa yang dia katakan. Jika benar disebaliknya dia melakukannya itu antara dia dengan Allah. Bukankah kita percaya di hari kebangkitan semula di mana manusia akan dihukum mengikut apa yang dilakukan masa di atas dunia.
Jadi apa lagi yang kamu mahukan. Selepas itu saya berbalas pula sms dengan rakan karib saya yang kini bergelar ASP. Dia ini saya kurang pasti pegangannya, dulu sokong Pakatan Rakyat, kemudian ada yang ditentangnya.Baru-baru ini dia ada menghantar pesanan ringkas (SMS) mengenai kenapa polis membuat 'road block' di sekitar jalan Kuala Lumpur tempoh hari.
Saya tak tanya pun tapi tiba-tiba dia menghantar sms tersebut. Alasannya pihak polis tidak mahu jika berlakunya perhimpunan bimbang akan terjadi huru hara seperti di beberapa negara barat.
Saya balas sms tersebut, kata saya yang peliknya mengenai sekatan jalan tersebut. Khabarnya lebih 1,500 polis dikerahkan untuk menjaga keselamatan pada hari tersebut. Ia satu jumlah yang cukup ramai. Peliknya Sarjan Misai mana yang memaklumkan kepada pihak atasan akan berlakunya himpunan tersebut.
Sedangkan setahu saya PKR mahupun PAS tidak pernah mengelurkan kenyataan dari mana-mana sumber mengenai himpunan tersebut. Mana SB-SB terbaik negara? Bukankah kerana maklumat dari Sarjan Misai yang diterima oleh pegawai kanan polis ini membuatkan seluruh warga Lembah Klang mengalami kesusahan.
Saya balas lagi, kalau betul kamu kata tak boleh berhimpun, yang orang Melayu tajaan UMNO berhimpun di Komtar (Pejabat Ketua Menteri) dengan memainkan sentimen perkauman tidak pula polis menahan atau pihak FRU memukul mereka yang berhimpun. Begitu juga dengan kejadian di mana Khairy yang menggelarkan mereka yang berhimpun sebagai beruk mengetuai perarakan di KLCC tidak ditangkap oleh polis.
Yang saya persoalkan sekarang mengenai sikap 'double standard' polis dalam menangani kes ini. Kalau polis berlaku adil, orang UMNO pun tak boleh berhimpun, pasti rakyat akan terima apa yang dilakukan oleh pihak polis kepada parti pembangkang. Tetapi sebab yang sana boleh dan yang sini tak boleh...buat kita rasa boleh Malaysia hanya untuk rakyat Barisan Nasional sahaja.
Selepas jawapan tersebut sehingga sekarang tiada sms yang dihantar oleh teman karib saya sejak 28 tahun ini menghantar lagi sms kepada saya.
Saturday, July 19, 2008
Subscribe to:
Comments (Atom)
